Wednesday, 20 June 2012

Rempeyek ke Tempeyek?

Rempeyek juga salah satu makanan istimewa masyarakat Jawa.Ia adalah sejenis makanan ringan yang kaya dengan khasiat.Rempeyek dibuat menggunakan acuan khas.Ia memerlukan kemahiran untuk mempastikan rempeyek dihasilkan nipis dan rangup.Di atasnya ditabur kacang goreng dan ikan bilis.Bentuknya yang bulat membezakannya dengan tumpi iaitu makanan yang menggunakan bahan yang lebih kurang sama tetapi menggantikan kacang tanah dengan kacang hijau atau kacang dal dan dituangkan nipis di keliling kuali tanpa menggunakan acuan.Sama ada rempeyek atau tumpi kedua-duanya amat digemari.Namun seperkara perlu diingat : disebut ' REMPEYEK' bukan 'TEMPEYEK'....Mana-mana jer la...janji sodap...

No comments:

Post a Comment